my bloggie here (=

Tuesday, November 22, 2011

harimau malaya menang!

alhamdulillah...ingat senang ke nak menang bile dah lari 90 mnit pastu lari lgi tmbah 30 mnit
semput kaw..nak pulak fokus kat sepakan penalti..ingat cam sepak maen2 kat umah pakai tiang gol gune pasu pokok mak ke..susah taw nak dapat 5-4..kaw bole?bole?haaaa..so di sini aku nak ucapkan TAHNIAH tujuhratuslimapuluhribu kali laaaa kat pasukan TIGERMALAYA!

bile dah menang bola ni kan dah macam menang semua..tapi tak lupe gak kat wakil2 sukan sea malaysia yang laen okey..korang pon dah sumbang byk emas jugak..TAHNIAH!..keep it up okey :)

aku tak tengok kat tivi or g setadium pon..aku layan tonton.com dengan geng2 aku
memang setreessssss sebab tiap kali nak shoot jew..benti loading yerkkksss..tapi di sebabkan ade org laen jerit kuat2..so ktorg taw dah goal..kire pending gak la..haha..tak kesah la..asal enjoy oke :)

yang aku tengah panas menggelegak cam goreng pisang tanduk...aku rase cam nak tanduk la pasukan garuda yang dah patah sayap tuhhh...dah kalah bermaruah kan...so chill la bro...tak payah la nak bazir2 duit beli bendera kitorang then membazir lighter nak bakar2 pulak...kang aku hantar usop wilca soh bako korang kang...haishhhh..aku panas la sebab tu bendera negara aku..MALAYSIA kannnn...tapi jom la kite sume cool jew sebab byk lagi bendera kat mydin,econsave,sunway,mid dan sebagainya jual bendera lagi...jom beli byk2 bendera gantung depan umah...bagi dorg panas..hehe :)

okela..nak study nih..test beratur macam nak masuk warehouse zara walaupon otak nga blurr macam tanak trime jew tsudy2 nih..hehe...

p/s: doakan yang terbaek untuk semua mereka dan juge aku :)

studybolajawabbola,
hanieycahaya



Saturday, November 19, 2011

all in one

assalamualaikum
hyee peeps..just wanna share the happiness happen to me lately
i compress it in one entry since there is no time to updating my blog
just a few pic to let it clear
picture tell thousand words
enjoy :) 

tasik shah alam :)

pre-convocation :)

the convocation day with beloved family :)

diploma holder :)

tika,pika and izati : jj bukit tinggi :)


mira,balqis,ain and me : national zoo, ampang :)

pika and mira : pirateship, i-city :)

ain,mira and hana : bowling centre, plaza alam sentral :)



we all wants to fall in love.why?
because the experience makes us feel completely alive, 
where every sense is heightened and every emotion is magnified. 
our everyday reality is shattered and we are flying into the sky. 
it may only last a month, an hour, or an afternoon, 
but that doesn't diminish its value,
because we are left with memories that we treasure for the rest of our live.

they are my treasure :)

p/s: do appreciate people around us okay?
miss SUKSIS friends !!!
will talk about them later 
do love them,
hanieycahaya





Tuesday, November 1, 2011

demi cinta ALLAH


ASSALAMUALAIKUM

pagi ni cahaya nak share 1 article ni dari i luv islam


Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu 
mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia. 

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."
p/s: ingat mengingati :) 
nurdipagihari,
hanieycahaya

life counting (=

Lilypie Trying to Conceive Event tickers